indah
sempurna
hanya milik Yang Esa
dari sekecil kecil mikroorganisma
ke sebesar besar sistem cakerawala
aku rebah
lalu sujud
sungguh aku rasa kerdil
di mataNya
dah tahu diri tu hamba hina dina -- suka sangat buat perkara yang tidak disukai Pencipta tsk tsk
peringatkan diri
agar sentiasa sedar dan akur
semuanya adalah milik Dia
terpulang
andai Dia mahu ambil kembali apa yang dimilikiNya
Dia jua ibarat pemberi hadiah
harus dicintai
lebih dan lebih lagi
berbanding hadiahnya
barulah rasa
hargai itu hadir
janganlah terlambat
mahupun tersesat
dari menuju syurga Firdausi
usaha yang kecil pun dipandang tinggi
semoga diberkati