Tuesday, 31 July 2012

Dia beri apa yang kita perlu



Pabila hidup serasa beban menggunung
Hati mengeluh mengenangkan nasib
Mengapa tidak bertuah seperti yang lainnya

Manusia itu seringkali tidak menyedari
Rezeki masing  masing itu sudah ditentukan Ilahi
Dia beri apa yang kita perlu
Bukan apa yang kita mahu

SifatNya yang mulia
Sentiasa memberi bukan untuk menerima
Andai dihitung segala nikmat dariNya
takkan terbayang takkan terbilang takkan terbayar
Bersyukurlah dengan setinggi kesyukuran tanpa jemu
Sungguh Dia beri apa yang kita perlu
Bukan apa yang kita mahu