Tentang gadis
Yang dilewat tidur dan dibangkitnya jaga
Berkira-kira
" Masih perlu tunggu atau terus saja berlalu? "
Sebahagiannya hati kata,
Tunggu.
Dan sebahagiannya pula kata,
Berlalu.
Tentang jaka
Yang disibukkan pagi dan di malamnya sendiri
Berkira-kira
" Mahu berterus terang atau terus saja sembunyi? "
Sebahagiannya otak kata,
Berterus terang.
Dan sebahagiannya pula kata,
Sembunyi.
Di akhirnya;
Si gadis putuskan untuk berlalu.
Si jaka putuskan untuk sembunyi.
Sedangkan kedua-dua mereka,
Merasakan rasa yang sama di benak dan hati.
Yakni
--- cinta.
p/s : aneh dan rumit sekali kan hal perasaan ?