" Di dalam gelap,
Aku menulis.
Di dalam senyap,
Aku menangis.
Seperti bermusuh dengan realiti,
Yang aku ada cuma puisi-puisi depresi,
Bercerita kondisi hati.
Depresi aku adalah medan pergocohan,
Yang mana peninju-peninjunya adalah sisi-sisi diri aku, sang perempuan.
Mahu jadi perempuan tidak dikasihan,
Mahu jadi perempuan gagah seperti pahlawan,
Mahu sendirian,
Mahu menongkah arus lawan.
Tapi mana mungkin,
Aku rusuk kirimu.
Aku dicipta begitu.
Maka,
Puisi-puisiku saja yang sasa,
Kata-kata aku saja yang berbisa,
Cuma itu saja. "
-- Dyra Jalil, Senorita Zine #3