Wednesday 25 June 2014





Saya pernah suatu masa dulu, ada cita-cita yang mana bila tiba hari graduasi (insyaAllah Mei tahun depan) untuk kumpulkan semua kesayangan saya (ada 5 semuanya), yang ada waktu susah senang, tempat saya mengadu manja, yang sudi dengarkan celoteh, tak kisah bila ajak keluar sana-sini, belanja makanlah, bagi hadiahlah, melayan karenah tak senonoh saya, dan yang penting, kesayangan yang tak pernah lupa nak letakkan saya dalam doa mereka, walaupun sekecil bijik limau sekalipun sepanjang tempoh pengajian saya.




Saya nak hadiahkan dan kongsikan kejayaan saya dengan mereka semua, walaupun sebenarnya kejayaan tu takdelah semegah mana, dan tak seberapa berbanding orang lain (mungkin).






Tapi sekarang, 
Cita-cita tu dah memudar hinggakan 'takpelah, kalau cuma ibu abah yang datang kongsi hari gembira saya itu nanti'.