Monday 11 August 2014

RAYA!


Hai yuolls! Selamat hari rayaaaaaa teeeheeeee. Hari sabtu kelmarin ada buat makan-makan merangkap openhouse untuk kawan-kawan. Alhamdulillah ramai yang datang, kawan-kawan yang dah lama bebenonya tak jumpa, ada yang selalu jumpa tapi jumpa lagi berkali-kali ekekeke ya Tuhan seronok betul rasa di dalam hati iolls. Dengan didi nya buat surprise, terharu occay kakaka (sebab dia kata dia tak dapat datang, rupanya dia datang jugak ngehngeh) Big thanks and much love to ibu and abah sebab abah sudi berikan duit belanja untuk beli bahan-bahan untuk food pastu ibu sudi jadi tukang masak merangkap makwe layankan tetamu yang kebanyakan kawan-kawan iolls :') memang idak le teman nak buat sengsorang kakaka. Jadi tukang basuh pinggan, kemas rumah, tolong potong-potong centu jelah mampu nya. Hiks. Thank you guys sebab sudi datang rumah dari jauh & dekat. Maaf tau kalau ada terkurang layan or borak-borak pastu kot la lauk tak berapa sedap ke tapi rasanya sedaplah sebab ibu yang masak bukan Yayan kan ngehngeh :p Sumpah rasa macam overwhelmed sangat haritu dengan kedatangan kawan-kawan, dari siang ke malam pakai baju tudung sama je, punyalah tak sempat nak tukarnya haaaa :') by the way, credit untuk kawan-kawan yang sudi pinjamkan kamera telefon canggih dan DSLR masing-masing untuk merakam kenangan kita bersama. Ecewah kakaka.



1. SMT Sepang (BADARAYU)






Geng BADARAYU ni yang paaaaaaaling lama tak jumpa :') semuanya manis-manis belaka. Rindu semuaaaaa heeeee. Ermmm selalu meet up dengan Jannah je merangkap makcik gendut iolls (yang 4 keping bawah tu gambar iolls semata dengan dia tu) sebab rumah dia dekat, study pun dekat UKM jewww. Ngehngeh. InsyaAllah next reunion lepasni tunggu kenduri pulak, siapa agak-agaknya yang berumah dan tangga dulu? :p

(ni dah filter habis, ambik yang paling comel je semorang pasal tak terkira berapa ratus keping gambo ambik haritu, yang selfie nya lagi kikiki)





2. SMKSS (aspuri)




Yang ni pulak kawan-kawan sekolah menengah, form 1 - form 3, before pindah sekolah ke SMT Sepang haaa. Disebabkan setiap form cuma ada satu kelas, so kami sekelas boleh dikatakan agak rapat. Selalunya reunion sekali or dua kali setahun, akan ada lah tukang yang plan kikiki. Actually last week dah ada openhouse dekat rumah mira, tapi tak dapat join. Pastu bila ajak datang rumah, diorang sudi datang. Heee meriah betul! Macam tak percaya yang masing-masing dah umur 22. Semua gila-gila ha tak berubah macam dulu ok sebakpausenangis :') dalam kelas kitorang dah ada yang kahwin, and surprisingly siap ada anak dah. How time flies.....rasa macam dah tua la pulak haaaa........ *merenung ke luar jendela eh la melankolik pulak dia kakaka drama betul!*





3. Classmates UiTM Kelantan :))




Heeeee suka ittew diorang datang rumah. Boleh kata actually ni first time geng UiTM datang rumah, kumpul even masing-masing duduk Shah Alam - KL je pun. Ekekekeke. Siap datang dengan ehem ehem masing-masing pulak tu. Hiks hiks. Thank you koraaaangg sudi datang! Merasalah kek batik yang tak berupa kek batik sangat pasal rushing buat :p Walaupun kejap je datang sebab ila kena balik awal katanya, dah lah sebelum sampai tu redah jem dengan kakinya cramp cramp alahai anyonyonyo sian driver :') 





4. SKBBSP 1 // SMKSS





Alkisahnya mengajak Azrul, Meerul dengan Rus je sebab raya tahun lepas diorang dah pernah datang rumah, lepastu pulak katanya memang diorang beramai-ramai tengah keluar beraya, so diorang ajak Lahh, Anas, Wawan and Aine sekali join, iolls memang tak kisah, lagi meriah khen sekampung datang pun takpe kakaka. Ralat juga pasal dah janji buatkan cheesecake untuk Azrul tapi macam bermacam sangat ha halangan, tak sempat cari barang pastu bila pergi cari barang takde pulak barangnya aduh memang takde rezeki Azrul ha -.-' buatkan pavlova & kek batik je pasal si Meerul request. Rus je comel lote forever pasal tak demand mintak apa-apa kakaka. Disebabkan ramai orang masa magrib nak ke isyak tu tak sempat borak apa pun dengan geng saujana ni ha. Deme memang gaya layan diri dah pasal tuan rumah sibuk kakaka. Gambor atas tu boleh kata sweet la jugak pasal yang gegirl tangkap gambar dengan ibu, pastu yang lelaki tangkap gambar dengan abah :') 

(tapinya entah celah mana sweet tah? Kakakaka *sepak diri sendiri*)





5. Kak Ina, Pitak & Didi




Kalau ada piala gadis-gadis paling sweet, manis, dan sewaktu dengannya dalam dunia, boleh lah pas ke deme 3 orang ni :')

Pitak dari Klang - Rawang - Serdang - lepastu katanya beraya dekat Mont Kiara. Jauh betul perjalanan, dah lah sengsorang je. Katanya dah janji, so kena lah datang. Terharu kita, wak :') asyik terlupa je nak mintak sign autograph untuk buku Aduhai Redza awak tu ish. Ha korang yang baca ni, jangan lupa beli buku Pitak okay, tapi dia pakai nama pena Qaisy heeeee. Beli banyak-banyak occay! Ekekeke. Pastunya Didi dengan Kak Ina tu dari kelmarinnya kata tak boleh nak datang pasal ada openhouse rumah sedara, kita dah syahdu syahdu dah sebab sedih lah ingatkan diorang boleh datang rumah kita kan bukannya jauh erm sobs tsk wuwuwu. Lepastu magrib tu diorang waksep cakap nak datang aaaaaa terus kita happy macam ada bunga-bunga api dekat dalam hati :')





6. Ida Syamila , Jasad, Azhar, Adam & Remy ( + Balqis)






Awal tu Azhar sampai dulu lepas magrib nak dekat isyak, lone ranger kekeke sedar-sedar je dia elok mengabihkan dadih jagung pastu apabenda entah lagi, yelah masa tu kita sibuk layan geng lain, nasib baik awak pandai bawak diri dan buat macam rumah sendiri ye wak. Eh kakakaka. Lepastu bila dah surut, ramai yang dah balik, Remy datang dengan Balqis (anak buah), Ida & Jasad. Cantik sangat Ida malam tuuuu kita rasa macam terpegun kejap haaaa. Jasad macam biasa lah, rock betei kakaka. Tak lama lepastu Azhar pick up 'makwe' dia, si Adam dengan ktm, and lepak-lepak depan tv makan jeruk, kuih raya, puding roti. Ibu kita ingatkan Ida dengan Remy husband and wife pastu ada Balqis, anak diorang. Ya tuhan sabar jelah ibu pun kakakaka pastunya dalam dekat pukul 11 diorang balik and officially rumah Yayan closehouse closewindow dan sewaktu dengannya ngeeeee :3




Lepastuuuu esoknya, hari ahad pulak ada makan-makan merangkap jamuan raya dekat office abah @ Bangi. Seronok lah pasal banyak foooooooddddd. Ada kambing golek, satay, nasi campur, dim sum, satar, otak-otak, ice creaaammmm onomnomnom :3 pada hari berkenaan seorang Ziema (tudung kuning) telah berkhidmat menjadi driver tak rasmi untuk seorang Yayan kakaka pasal beliau ada kereta dan beliau tahu jalan even dia sebenarnya orang Pahang // Johor :p So panjanglah langkah kitorang berjalan merata, iolls ajak Ziema pergi beraya dengan rumah Kak Ina, somewhere in Putrajaya hiks hiks. Sebab terharu kan semalam Kak Ina datang rumah kita, so kita pun datanglah beraya rumah dia jugeks eheks :')





With Ziema, Kak Ina, Didi & Kak Syira :) good times! Sedap betul nasi lemak ayam goreng dengan lakse Johor ngeeeeeeeee :3









Lepas dah beraya rumah Kak Ina, dalam pukul 3 lebih centu kitorang gerak dari Putrajaya shoot ke Taman Tasik Titiwangsa, ada Buku Jalanan Titi sempena SaveGaza. Ingatkan nak surprisekan ehem sebab tak cakap pun nak datang, tak janji nak datang, pastu kan bila dia nampak kita gaya tak surprise langsung pun. Cis cis cis sejuta kali kakaka. The performance was great and suka gila part makwe cantik tu nyanyi. Suara dia kalau jadi lullaby sebelum tidur, peh heaveeeennnn :p 









Last but not least, sempena hari tua dan birthday ehem yang ke _ _  (boleh mention kat sini ke wak? :p ) kita nak cakap happy birthday jelah sebabnya Certain things could only be told to certain people, especially to the one who is special "  and semalam yang lain-lain tu dah cakap kan so erm tu jelah ending untuk entry kalini. Kesiankan korang tak larat nak baca panjang-panjang xD



P/s:  Mohon doa kalian terus, tak putus untuk kami semoga dipermudahkan Tuhan untuk menyatu eh, ekekeke *malu* kbye :3