Friday 5 September 2014

#TARAKUCHACHA


Hey, it has been awhile! Heeeeeee.


Alkisahnya last weekend 30hb ogos, Frinjan + ZSM telah organised kan event yang diberi nama #Tarakuchacha haaa. Ni kali kedua diorang buat dekat Rumah Titi and to be honest it was fun and awesome. Dengan ramai orang bukak booth, ada booth buku, zine, baju, fooodssss (spaghetti sedap!) pastu ada orang bagi talk/sharing session, pastu ada MC hambar (Adam jelah, lagi seorang tu tak pernah hambar di hati iolss. Siapa entah? Hahaha)

Kita throwback sikitlah. Jumaat malam 29hb tu dalam pukul 12 lebih pick up Nora & Addin Dyna dekat TBS, they come all the way from BP and Pontian ke KL pastu diorang sleep (ke slept? Kakaka) over dekat rumah :) esok paginya tu macam agak lambatlah jugak gerak keluar dari rumah sebab malas-malas and tidur lambat sebenarnya T_T lepas je breakfast bagai-bagai kitorang shoot ke KL Sentral tunggu Didi pickup. Dan alhamdulillah dengan bantuan Google Maps & Waze kitorang macam sesat-sesat sikit lepastu sampai jugak ke Rumah Titi kakaka. Pesen tak sah kalau tak sesat. (Muahahaha sabo jelah.)

Rasanya ni kali kedua kot bawak Didi join event macam gini. Sebab beliau kan tercamphak di Sarawak nun pastu asyik busy memanjang, so gitulah. Didi dengan baik hatinya jadi driver untuk kitorang bukan time dekat Tarakuchacha je, esoknya tu pun kakaka, thank you mok aku tau kau sayang aku kan mok? :')

Sampai situ, lepak-lepak event salam-salam orang, tegur sikit-sikit (iolls pemalu hoccay)  pastu jalan-jalan pastu duduk sambil makan dengar talk pastu makan aiskrim, amik gambar. Hehehehe lepastu kan masa slot Mohd Jayzuan tu dia bagi soalan dapat hadiah buku. Kakaka kebetulan duduk belakang sit Hana (is it right? Kalau tak silap wife Seyn - main teka je sebenarnya sebab tak cam muka) then dia bagi jawapan. Pastu iolls pergilah depan jawab kan. Tadaaa dapatlah free 3 buku :') ya Tuhan rezeki sungguhlah nak dijadikan ceritanya. Siapa je tak happy dapat buku free khen? Ahaks.

Panjangnya membebel. Dah penat dah. Nak tengok gambo? Tak nak sudah, scroll ke bawah laju-laju k?



Ze girls!

Dina - Didi - Yayan - Ana Suhani - Nora




Makwe-makwe tehehehehe 

Dina - Nora - Didi - Kak Ngah - Ana Suhani - Yayan - Syaa - Nani




Geng AktaKlausa (1)



Geng AktaKlausa (2)

(Eiii sabo jelah yang depan tu tak reti duduk diam eiii gambo gerak-gerak)



Dengan adik-adik. Tsk terasa tua iolls T_T




Munirah - Yayan - Ariey

(Memang sebenarnya haku ni jambatan kan, diorang lagi muda lagi tinggi tsk tsk)


Entah kenapa macam tak ambik banyak gambar entah, ni pun gambar campur dengan camera phone orang lain. Rasa macam tak pegang phone sangat the whole day tu. Sebab kita tengah enjoy the moment kan. Kakaka. Dalam lepas asar tu hujan lebat siap berguruh bagai, sampai blackout sekejap Rumah Titi. Then kitorang lepak dekat atas sebab bawah hujan en. Berteduh dalam rumah la kiranya. Agak-agak hujan dah surut, kitorang pun geraklah dari Rumah Titi untuk balik rumah. Didi dengan gamble takde bawak baju spare apa kata nak sleep (slept?) over sekali dekat rumah manis rumah Yayan :') malam tu just keluar kejap pergi beli barang + dinner then singgah rumah mak lang, untuk supper lepastu baru tidur.



The next day, ahad 31 ogos tu kira hari kitorang sambung lagi jalan-jalan. Ibu masak sarapan nasi lemak (onomnomnom) dengan ayam goreng, lepastu siap buat lempeng kelapa. Hiks hiks. Pagi tu bangun awal sebab ingatkan nak tengok Flashmob yang dijangkakan start awal. Kitorang shoot ke Pasar Seni dalam pukul berapa entah dengan jam pastu tersesat-sesat (perempuan kan? kakaka) then sampai-sampai aje flashmobnya ke mana semua ke mana :') then pusing-pusing jelah dalam tu, sumpah ni first time Yayan bebetul explore ruang dalam Pasar Seni. Banyak sangat benda yang macam wow gempak. Centu. Padahal dulu time sekolah ada lah 2-3 kali datang, takde lah jakun bebeno. Hmmm. Lepastu sementara nak tunggu orang semua bagai, nak solat zohor dekat Pasar Seni tu macam tak selesa, Yayan ajak diorang jalan kaki (ni idea paling bengong sebenarnya muahaha) pergi Masjid Jamek. Masa jalan tu memang pada Yayan (taktaula yang kawan-kawan lagi 3 orang tu) seronoklah, cuma berpeluh pastu balik rumah sakit kaki. Kakaka. Lepastu sampai je Masjid Jamek kitorang shoot balik Pasar Seni, Nora jumpa kawan dia kejap and Didi pun nak balik rumah. Kitorang gerak ke TBS balik naik train sebab bas Nora dengan Addin 4.30pm. Kelam kabut semua tak sempat makan tsk. Ralat betul. Salah Yayan sebab ingatkan sempat. Rupanya haih. Maaf ye korang :'(

Ha nah tengoklah gambo acah-acah tourist kitorang ni. Kah!















Gambar ni macam poyo sangat kan? Ah lantok. Kakaka.


But overall Yayan seronok gila. Dapat spend time dengan kawan-kawan, dapat jalan-jalan. And one day insyaAllah, i wish to pusing KL dengan jalan kaki. Park kereta somewhere dekat mana-mana pastu jalan kaki dengan orang yang sanggup nak jalan kaki with me all day long (awak, take note please). Kakaka. I know its kind of weird sebab macam eh apesal engko ni, ada kereta naiklah kereta, tapi tapi tapi sebagai orang ic 14, tu je benda yang paling teringin nak buat. Acah-acah pelancong jalan kaki area KL. Dan semogaaaa sebelum kahwin, sebeluuummm busy takde life dapat dilaksanakan impian tersebut ngehngeh :')


Btw, next week dah start intern from 8 September until 9 December and I really hope that everything will run smoothly sepanjang internship. Banyak benda yang Yayan nak belajar, banyak experience yang Yayan nak kutip. Semoga takde tragedi buruk or whatever terjadi. Amin amin aminnnn. Pray for me tau tau tau :')

Last but not least,

 I'm sooooo sooooo sorry  Sapura cause I've choose to intern with Petronas, dahlah last minute notice. Tsk. Sorry sangat tau :'( weekend I promise to ajar budak-budak kilang tu, insyaAllah. Byeeeeee!