Monday 2 February 2015

Majlis Tunang, 1 Feb 2015


Assalamualaikum & Hai! It has been awhile ;'> Lama sungguh tak update blog. Well to summarize few important events masa end 2014. Masa awal september masuk PRPC, Intermark as one of intern untuk department ERM. Dapat boss dan collegue yang awesome baq hang. Pergi attend meeting, siapkan slides, buat air (tea lady), jadi comittee untuk dinner & sports day, kerja menelepon orang, kerja mencari orang, kerja memfotostet membinding etc etc. I wouldnt ever forget those experiences! Serious! Then habis internship, berhempas pulas siapkan FYP and thesis (only God knows berapa juta air mata dan tenaga dan duit habis huwaaa) before presentation dekat UiTM Kota Bharu on 11th January 2015. Masa nervous nak present tu *ehem* ada orang tu plan nak datang rumah untuk merisik and ajak kita bertunang. So.....nak dipendekkan cerita pung pang cakap dengan ibu abah (masa tu dekat KB lagi, few hours before my turn untuk presentation kakaka) and katanya tunggu balik KL, discuss face to face. Alhamdulillah presentation went well, dan siapkan final update untuk Madam Pijah punya copy's, gila memang gila masa tu. Tak nak ingat dah seksa dia macam mana T__________T Lepas dah balik KL on friday, sampai rumah dalam petang macamtu, malam tu start discuss dengan family pasal plan yang ditunggu. Gittew. And alhamdulillah, Allah punya plan memang terbaik, He know best & slow-slow mula beli barang, buat persiapan. Kurang dari 2 minggu dan percayalah Mr Google really helps a lot! 


Dan ini sedikit catatan untuk kawan-kawan atau sesiapa yang bakal bertunang. Maybe boleh dijadikan guide tapi takdelah bagus sangat :/ First of all, please have your own book untuk catat semuaaaaa yang penting dalam preparation. Yelaaaa kita mestilah nak majlis kita lancar ye dak? :3 lagi satu, tak kisahlah majlis tu kita nak kecik ke besar, even for myself sebenarnya prefer kecil-kecilan je, tapi disebabkan ibu bagitahu nenek, nenek bagitahu nenek sedara, nenek sedara bagitahu sedara lain, jadinya majlis beso jugaklah :'> So lets go thru important checklist preparation untuk majlis tunang :3



Important checklist:

1. Hantaran


Okay untuk hantaran, adalah bunyi-bunyi kata, 5 balas 7 lah, 7 balas 9 lah, ada kata tak payah bagilah. But for me, its up to YOU. You, yourself decide, semampunya berapa. Yang adatnya, cincin 2 ketul, 1 untuk risik, 1 cincin tanda tunang dalam satu dulang, Dan untuk tunang ni, selalunya orang bagi manisan-manisan kek, coklat, buah buah gitu. Ada jugak yang bagi siap sepersalinan barang contoh macam beg, kain baju nikah, kasut. Ada yang mampu bagi lebih, bagi lah lebih ye dak. 

Dan untuk saya dan tunang, kami decide untuk just letak 5 balas 7 hantaran. Belah lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang. Nak dijadikan cerita pada hari kejadian, ada family yang tambah-tambah hantarannya, maka terjadilah 7 balas 9 dulang :'> but itsokay, takde masalah pun kalau 7 balas 7, ke 3 balas 3, takde masalah. Jangan runsingkan sangat. Adat je semata tu, nak ikut boleh, tak ikut pun boleh. Hiks. 



2. Attire dan Tema

Yang ni paling penting. Decide nak pakai baju apa ni sebenarnya satu masalah jugak >.< nak sewa or pakai je apa yang ada. Atau jahit sendiri, beli dekat kedai. Nak color apa, nak berveil ke tidak. Nak tema macam mana. Sebenarnya depends jugak dekat orang. Ada yang tunang memang simple habis so takdelah complicated. Pakai je baju kurung lawa sikit. Dah settle. I dont really have a problem with that actually ;) lagi jimat dan cost dapat direducekan! Kakakaka. Cumanya dalam hal pemilihan attire ni, sebenarnya I'm really grateful plus a very redha person, disebabkan anak sulung, cucu sulung, maka ramailah makcik makcik dan kawan kawan yang tolong macam macam. Sebenarnya nak pinjam aje baju tunang sedia ada makcu warna cream. Baju kurung biasa, cuma macam cantik la color dia, elok lagi. Nak save kaaaannnn. Ekekekeke. Siap bagitahu pihak lelaki dah, pakai color cream, tema cream, peach, pink. Dah pergi bangi dah siap cari shawl bagai (tapi sebab tak jumpa yang berkenan so... kakaka) then tetiba makcu cakap ala tak lawa la cream sebab nampak macam nikah sangat, yknow kang tetiba orang kata tak sabo nak menikah kewww, then dia godek almari jumpa dress warna dusty pink! Dia cakap okay jom pergi Jalan TAR cari kain nak modified dress, cari lace, cari manik, etc etc. mengikutlah kita, takpe ikutkan aje cakap makcu. *redha* Dia sanggup tolong jahitkan dress tambah beading, tambah lace dari awal sampai habis. Shawl tu pun dia pergi jahit tepi, tambah lace yang simple dan cantikkkk sangat. I really love them sebab rasa macam alahai sweetnya makcu aku ni sanggup tak sampai seminggu bersengkang mata siapkan dress dengan shawl tu tsk tsk ai is terharu tau :'> 


Belah lelaki tunangnya kata tema diorang warna purple, hantaran purple baju purple haaa. Lepastu, dia cuma datang pakai kemeja purple dan seluar slack :) baju dia beli dekat wangsa walk je masa tengah cari cari barang. 


*ps:/ lelaki kan memang simple. Bukan macam kita yang perempuan ni. Kakakaka*




3. Goodies / Doorgift

Okay untuk bab no 3 ni, kena tentukan dulu tetamu berapa ramai. Agak-agaklah, kira sedara mara yang nak dijemput, atau kawan-kawan. Macam kes saya ni, ibu dengan abahnya kata nak meraikan sebab dah lama tak buat kenduri, nak jamu makan orang katanya. So dijemputnya SATU LORONG JALAN RESAK 5, pastu sedara-sedara dari kampung, dari jauh semua datang. Kawan-kawan pun ramai jugak yang meriahkan majlis. Bajet dalam 200 orang yang datang rumah, termasuk pihak sebelah sana, tapi sebenarnya lebih ramai yang meraikan :'> untuk doorgift ni, tak wajib pun sebenarnya, ikut kemampuan masing masing. Sebab saya dan keluarga jenis yang mesti kena bagi buah tangan dekat tetamu yang datang, especially saudara dan kawan-kawan jauh, so decide untuk bagi jugak sesuatu untuk tetamu bawak balik :)) 

So goodies tu kami bagi muffin / cupcake yang dibuat sendiri, bersengkang mata tak tidur buat tau :') packing dalam beg plastik and tampal sticker. Sticker tu boleh je google nak design macam mana yang kita prefer la kan. Disebabkan cuma majlis tunang, minimal je bajetnya, so kita bagi apa yang mampu lah kan. Untuk keluarga belah sana dan kawan rapat, selain muffin, ada tambah extra potpurri wangian heeee.



4. Makan

Bab yang paling last, dan paling PENTING. Maaaaakkkaaaannn hehehehe. Untuk majlis tunang yang dirancang untuk jamu orang, kami sekeluarga decide untuk masak sendiri instead of upah katering. Reason utama, sebab mak saya dan maktoknya memang terror gila masak dan sedap gilaaaa occay. Kakakaka. Kita mestilah nak tetamu yang datang happy kan balik dengan tummy yang bahagia. Tak sakit perut, takde silap makan ke apa.  So tentukan menu apa yang diprefer dan senang untuk masak serta bahan mudah didapati. Macam kami, ada nasi jagung, ayam masak merah, acar jelatah lepastu ada buah tembikai, dengan kuih-kuih. Saya sendiri tak sempat nak menjenguk meja makannya tapi banyaklah jugak tersusun atas meja :'>  seronok sangat bila kawan kawan cakap yang lauk pauk sedap. Heeeee. Untuk yang bakal bertunang, takde selera untuk makan sebelum majlis adalah biasa dan kelaparan selepas itu juga adalah biasa. Kakaka. Bayangkan majlis risik tunang tu dalam pukul 12 tengahari belah lelaki sampai, then bincang2 sarung cincin tangkap gambor, dalam pukul 4 petang jugaklah baru dapat makan. Pagi tu cuma sempat jamah separuh kuih koci dan 2 suapan nasi dari atuknya :') 




Okay tu je kot. Hehehehe. Jangan lupa catit semua dalam buku, simpan sekali resit-resit yang beli barang semua tu untuk rujukan masa hadapan dan untuk diclaim. Eh? Kakaka. Sebabnya kan kadang-kadang rasa macam dah bajet duit sekian sekian, lepas beli barang, tsk duit habis sebenarnya lebih lagi. Bajet elok-elok dan ikut KEMAMPUAN. Okay? Jangan membazir dan jangan kedekut sangat pulak. Kah! Cukup dah membebel. Cuma nak cakap yang thanks sangat sangat pada family, ibu abah, maktok abahtok, maklang, makcu, achik sophia, acu ain, sepupu sepupu, wak ibu, wak lan, paman man, bibik firah, embah nab, jiran-jiran yang datang tolong, kupas bawang, potong serai, pinjamkan barang-barang yang tak cukup, tolong tumpangkan kerusi meja dekat rumah, hulurkan bantuan tenaga, sponsor hantaran, jadi photographer, tolong belikan air yang tak cukup sebab tetamu ramai, tukang mekap, tukang kemas, tukang basuh, tukang masak, tukang susun, datang dari jauh, tolong macam-macam, i couldnt thanks each one of you *menangis terharu* untuk kawan-kawan, Pitak, Didi, Hiq, Ajie yang datang tolong buatkan inti koci, pastu siapkan goodies masuk dalam plastik pun thank youuu sangat! Ajie siap tolong basuhkan pinggan, ya Tuhan, kalau aku ni rupa selekeh selekeh macam mak indon memang le aku duduk dapur weiii kakakaka. Okay dengan itu, habislah sesi membebel dekat blog. Good day and please MAKE YOURSELF enjoy browsing all the (and a few perasan cute) pictures and memorable moments. Kah!













*caption: DEBOR WEII TIME NI DEBOR GILA MENGGIGIL JARI KENA SARUNG CINCIN*











 


















































































 

















kthanksbye :p