Saturday 23 April 2016

Solemnization, 31 Oktober 2015


Assalamualaikummmmmmm *sapu-sapu habuk* Amboi gitu sekali ha. Yela last entry pasal preparation majlis tunang, ni dah 6 bulan dah tukar status dah jadi bini orang kakaka. 

Well life macam tulah. Kita asyik cakap nak update blog nak write something tapi nak curi masa nak ke sana sini semua adeh tak sempat! Banyak sangat benda yang berubah, (especially the size badan lah kan tsk tsk, i want my 2 last year body back tsk tsk) since bertunang dulu buat home tutoring sambil jadi RA dekat UKM for like 3 months, and then berhenti RA buat home tutoring full time (student UPSR, PT3 area Kajang, Bangi, Putrajaya & Balakong are most welcomed if nak belajar secara personal) so far adalah dalam 6 students, batch 2015 - 2016.  And then dapat offer jadi RA dekat OUM, Jalan Tun Ismail temporary je 6 bulan (Aug-Dec). Alhamdulillah, murah rezeki dan dipermudahkan awal January 2016 dapat contract 2 years as executive. Dapatlah income lebih sikit. Weekdays kerja office, weekend buat class. Kadang-kadang balik kerja weekdays ada buat kelas replacement waktu malam. Penat & hectic, tapi sayang nak lepaskan student. Plus mengajar ni macam escapism. Asyik mengadap PC, analyze data itu ini bagai rasa macam stress, so bila dapat jumpa student buat class, rasa macam better. Dapat release stress hoi. 

Okay back to the main point. Actually kitorang plan nak tunang 10 bulan, means dari bulan 2 then bulan 12 nikah, sekali kenduri jamuan. Bila tot tet discuss sana sini bagai, kitorang awalkan tarikh pernikahan ke bulan 10. Kiranya tunang 8 bulanlah. Fasa bertunang memang lain dengan bercinta (been there done that kakaka) tapi alhamdulillah jodoh panjang, Allah permudahkan, kitorang nikah juga :') * ambik tisu lap air mata* the main reason kenapa pick tarikh 31 Oktober tu sebab time tu birthday abah ittew. Nanti boleh celebrate 2x anniversary. Kakaka. 1 tarikh nikah, 1 tarikh kenduri :p takdelah. Sebenarnya family kita ni quite besar, so parents nak jemput ramai tetamu time kenduri plus nak buat gabung majlis pengantin lelaki & perempuan. Takut kelam kabut masa hari kenduri. Jadinya kita awalkan nikah, so nak settle hal kenduri pun senang ke mana-mana pun halalan toyyiban Ehhhh hahahaha. 


Prosedur untuk nikah Selangor memang serabut sikit. Rasa macam nak hempuk kepala je bila kenang balik kakaka. Serious, banyak steps, but kita kena rajin, sabar & banyak tanya. Banyak kena refer google apa bagai. Nak recall semua tak ingat sangat, cuma yang paling besar lah kan:-

  1.  Kursus kahwin - wajib pi! Kalau boleh pilih tempat best & kalau ambik sesiap dekat universiti yang ada anjurkan pun okay sebab murah boleh dapat RM70-RM80. Kitorang pergi sekali, ambik dekat area Putrajaya presint 16 tak silap sebab Tunang kata saja nak sama-sama pergi sekali, boleh dengar together gitu. Sorang RM120 tak silap (ni 2015 punya harga tau lepasni taktahulah rate berapa) sijil kursus kahwin kena simpan sampailaaaaaa korang settle nikah. Jangan hilangkan!
  2. Pergi HIV test - buat dekat klinik kerajaan. Kalau rajin buat Talasemia punya test sekali. Result HIV on the spot, result talasemia dapat seminggu lepas tu. Bayar RM1 je tak mahal pun hihi. Tapi result HIV cuma valid untuk 6 months je. So macam kalau nikah bulan 10, bulan 4 @ 5 boleh dah buat. Kalau nak selamat, buat 3 bulan sebelum tarikh nikah sekali settlekan dengan borang apa semua bagai. Kalau perlu, call dulu klinik kesihatan berdekatan rumah korang so that tahu pukul berapa boleh datang / hari apa. Takut-takut dia kata ha tak boleh buat, kang burn je cuti. Selalunya nurse tu akan tanya tarikh nikah kita. So that kita tak terbuat awal sangat HIV test ni. Nak pergi sekali pun boleh dengan pasangan atau without pasangan pun boleh. Takde masalah. Yang penting result HIV tu korang simpan elok-elok.
  3. Tempat nikah, terpaling penting lepas tahu dengan siapa kita nak nikah :p hikhik. Nak buat dekat rumah ke surau ke dewan ke, make sure dah decide. Sebab sebelum isi borang kena tahulah nak nikah dekat mana kan.
  4. Isi borang kebenaran bernikah dekat NCR Jais untuk orang selangor (IC 10). Kalau orang selain selangor dekat website lain lah ye, jangan mengada isi dengan NCR pulakkk
Kes macam Tunang, IC dia 08 tapi dah bermastautin dekat Kajang lama, jadi dia isi jugak borang selangor, cuma kena dapatkan pengesahan bermastautin dulu. Borang pengesahan bermastautin ada dekat website jugak. Kena jumpa penghulu apa bagai baru boleh isi borang kebenaran bernikah tu. Serious website ni leceh gila -.- korang go through dulu apa yang dia mintak bagai-bagai sebelum isi, sediakan semua benda yang dia mintak dari awal sebab dia tak boleh save. Nanti sia-sia je tengah malam duk menaip tengah jalan pastu tiba-tiba nama or no telefon saksi ke takde kang kena isi semula DARI AWAL okay dari awal. Sakit hati kan? 

Kiranya dah ada borang bermastautin yang disahkan & borang kebenaran bernikah kan? Okay angkut 2-2 borang ni, sertakan sekali dengan dokumen sokong (IC Lelaki, IC bakal Isteri, surat akuan bujang dari majikan, HIV Test, Sijil kursus kahwin asal dan salinan) dan submit kepada pejabat agama untuk dapatkan pengesahan dan sokongan pendaftar.

Kena ikut step, which bakal pengantin lelaki dulu settlekan borang, then baru pengantin perempuan boleh proceed. Tunang dah settle dah dapat pengesahan, now iolls punya turn la pulak ye.

Since alamat dalam IC kita selangor, boleh proceed dengan isi terus borang kebenaran bernikah. Jangan lupa sertakan sekali dokumen sokongan (IC Perempuan, IC Wali, IC 2 orang saksi, HIV Test, Sijil Kursus Kahwin Asal dan Salinan, Sijil nikah ibu bapa). Untuk Selangor, sijil nikah ibu bapa adalah dokumen wajib ada. Berkenaan saksi borang bagi borang kebenaran bernikah, iolls kena bawak Wali dan kedua saksi berjumpa dengan imam jurunikah untuk sign borang kebenaran tu. Borang tu tak valid kalau kita sign bukan depan imam melainkan imam tu boleh kawtim. Haaa gitu engko. Nak jumpa imam tu pun bukannya senang, kena tengok timing dia. Dibuatnya dia sibuk kenalah sabar lebih sikit. Ambik contact number dekat surau / cari dekat blog. Nak kahwin kan? Kena sabar dan rajin berusaha okay? Kakakaka. 


Lepas dah dapat tandatangan imam, combinekan dokumen perempuan dan lelaki dan proceed untuk bawak ke Pejabat Agama Islam Daerah. Macam kitorang, pergi dekat Bangi. Tak ramai orang. Tunggu proses selesai dan buat bayaran RM10 untuk kebenaran bernikah. Bolehlaaaa nikah terus kakakaka gatai naa. Kitorang settlekan semua ni dalam masa 1 bulan tak silap. Masa nak tunggu settle apa semua ni memang tak tenteram, rasa macam weh boleh settle tak ni. Terus jadi bride-gozilla. Kakakaka. Tapi alhamdulillah, settle semua dengan jurunikah pun okay, apa semua okay. Berjalan lancar semuanya syukur. 


Dalam masa preparation nak nikah tu, cari baju nikah & barang-barang hantaran apa semua. Nasiblah acu memang kreatif, senang tak pikir pasal gubahan. Barang-barang hantaran memang beli sikit-sikit dari awal so takdelah rasa duit tu mengalir laju. Ada duit je beli. Kitorang beli barang yang memang nak pakai. Shawl nikah beli 2 hari sebelum and veil pun sewa je dekat Kajang, RM50 tak silap. Nasiblah, murah sikit dari beli beratus. Bukan nak pakai dah pastu kakaka. Big thanks to my parents, my girlfriendssss, bridesmaid yang terlibat secara langsung  atau tak, weh thanks a lot tau. Serious, kalau takde semua orang, tak nikah agaknya aku ni. Aduhai kakaka. Really appreciate sangat-sangat, sayang korang semua! 


Tibalah hari yang dinanti-nantikannn haaaaaaaa, sampai je timing 31 Oktober tu pehhh nervous dia bukan main! Masa make up pun tak senang duduk. Rasa macam weh aku ni betul keeee nak kahwin oi. 

Kitorang nikah lepas Asar. Jadinya  awal sampai kat surau dalam pukul 4 lebih, then tunggu Asar kejap. Bila dah azan je terus semua solat jemaah. Dah habis baca doa apa bagai (kita pun dalam hati berharap semuanya okay sebab pengantin tak boleh fikir benda lain dah - makanan cukup ke tak ke apabenda lain semua tak boleh) terus dipanggilnya pengantin perempuan. Erkkk cepatnya hahahaha. Dah duduk bersimpuh apa bagai (jantung macam nak kena heart attack) tak boleh duduk diam wehhhhhh kakakaka. Muka resah gelisah je ha. Lepastu tok kadi cakap apa bagai semua bagi tazkirah sikit, then terus akad nikah. Abah yang nikahkan anak daranya. Alhamdulillah sekali lafaz, sah lah daku menjadi isteri kepada Mohamad Azhar Ibrahim :') ibu dekat sebelah pun nangis terharu. Rasa macam tak percayaaaaaa tapi sekejap je dah settle. Alhamdulillah sangat. Okay meh tengok gambar gambar meh. Membebel kemain panjang serupa apa dah kakaka. Untuk semua yang ada planning nak nikah / tinggal lagi beberapa hari minggu nak nikah, all the best! Untuk mendirikan masjid memang banyak susahnya, tapi percayalah, its worth it. Doa banyak-banyak pada Dia. InsyaAllah semoga dipermudahkan :)





Tunangan orang beberapa minit sebelum jadi bini orang. Masa ni tengah tunggu azan Asar. Rasa macam overwhelming gila time ni sebab ramaiii sedara-sedara, kawan-kawan yang datang. Serious terharu. 



My Didi. She has been there during my ups and down. I owe you a lot, Di. Love you, really. 



Time ni dah pindah pergi tempat nak nikah. Bersimpuh lah kita atas bantal pengantin tu. Ibu yang jahit sendiri, katanya tak payah sewa nanti senang adik-adik next time pakai je bantal sama. Kakaka. Krem kaki duduk setengah jam ke 40 minit atas tu. Kena cover cover cun pulak. Lemahhh hahahaha. Keliling tu semua my girlfriends yang jadi dulang girls, tukang betulkan apa yang tak berapa betul apa semualah and ada yang datang awal tolong itu ini.  Temanya pakai baju biru tudung pink hihi. Cantik sangat semua! Ibu duduk sebelah kanan kita. Hihi



Cantik semuanya kaaannnnnn hihihi 


  
Ada jurunikah, 2 saksi, abah dengan bakal suami yang dah jadi suami. Hiks.


Pengantin perempuan duk risau apadia taktahuuuuuuuu


Masa ni abah tengah sebut lafaz nak nikahkan 


Alhamdulillah, alhamdulillaaaahhh sah!




Masa ni pengantin lelaki kena baca lafaz taklik 





 



Pengantin baru lepas solat sunat nikah


Ibu dengan mak ittewww. Hihihi terima kasih untuk segalanya, kedua-dua perempuan kesayanganku :*


Upacara batalkan air semayang lepas bagi mas kahwin. Untuk nikah, kita takmau cincin. Cukup aritu dapat cincin risik & tunang. Batalkan air semayang dengan gelang je :)



Kiss dahi, kiss. Malu kot semorang macam amboiiiii hahahahaha





   


Girlfriends merangkap dulang
 girls supergirls dan seangkatan dengannya ekekeke. Thanks-a-latte gegirls semuanya!





Officemate! Macehhhh Kak Ila, Kham, Kak Huda, Aisyah, Kak Tika for coming :*


Dengan ibu abah ittewww, gambar luar surau Taman Impian Ehsan





Lepas je habis majlis, shoot balik rumah. Masa tu dekat magrib, and hujan lebat. Alhamdulillah, hujan lepas selesai semuanya, tetamu pun masa tu ramai dah mula balik. Kita sempatlah cuci mekap mandi tukar baju apa semua, laki kita tu tak menyempat tukar baju kakaka. Dekat surau takde pelamin-pelamin, memang duduk atas bantal nikah semata, so ibu kata teringin nak ada pelamin dekat rumah ala-ala gitu so kita DIY je. Acu memang kreatif so jadilah macam dalam gambor ada bunga bunga langsir kerusi bagai. Jimat RM500-RM600 buat sendiri kakakaka. 


Acah-acah couple potret dalam family hihihi. Semua pakcik makcik malu-malu ngengada tapi mahu gitu kakakaka. 




Gambar dari Sam. Cantik angat! Berbakat betul Sam. Thanks Sam datang dari jauh and sempat je shoot walaupun timing dah lewat petang sangat :') 





Ini belanja seketul gambar masa kenduri resepsi. Tunggu lagi berapa minggu/bulan untuk update hal-hal reception okay? Kakakaka. Thanks for reading! Doakan kami suami isteri sentiasa dipermudahkan urusan & dipanjangkan jodoh. Also, minta doakan moga-moga next year mana tahu dapat AzharYayanJunior. Aminnnnnnn :*